kelakar melihat kekawan yang pertama kali memasuki bilik penginapan di KUO baru..... lengkap dengan pelbagai kemudahan dan pemandangan kaki bukit yang menarik.... mungkin agak panas kerana pokok-pokok belum membesar namun peluang menginap di KUO baru umpama mimpi menjadi kenyataan.... itu hari pertama.....
hari seterusnya mengundang rungutan kekawan bertali arus apabila wifi yang dinikmati dari bilik di KUO lama kini hanya boleh dicapai sekiranya turun dan melepak di sekitar gerai makan dewan kolej.... laju untuk mendapat bahan berbentuk teks tetapi pelahan untuk capaian berbentuk video.....
gerai makan yang banyak pula sering kehabisan makanan... barangkali pembekal yang memulakan perniagaan makanan bukan kalangan mereka yang sebelum ini mengusahakan perniagaan tersebut.... namun yang menarik sekitar gerai berkonsep bandar ini sejuk dan berangin untuk kaki lepak seperti saya ...
untuk kumpulan We Love UPSI..... sekiranya ingin berjuang mengangkat hak pelajar dari sudut kebajikan lihatlah keperluan kami untuk mendapat tempat menunggu bas berbumbung dan kalau boleh WIFI yang kuat liputannya di sekitar pangsapuri penginapan selain jualan makanan yang boleh dipertingkatkan lagi.....

No comments:
Post a Comment