Wednesday, September 19, 2012

bahang piliharaya pelajar

semalam saja lepak-lepak sekitar kampus..... sedang meneliti gerak geri rakan-rakan kelulut madu..... mana dapat info nie.....hahahaha saja joint kakak n abang senior yang sibuk mengajak menyertai politik kampus sebenarnya... kalau kat KUO lama senior dah lama campak dakyah politik kampus dalam diri kami... kebebasan akademik katanya..... satu lagi kesedihan kerana Rakan Pengerak Addin yang dikatakan dikuburkan demi politik sempit pentadbir sedangkan RPA hanya gerakan dakwah dakwanya.... betul ke.... atau satu cara mempromosikan calon kalangan adik-adik junior....

WE LOVE UPSI kini meniti dibibir pelajar..... sokong WLU adalah anjakan pemikiran pelajar untuk membentuk imej sebagai pelajar sejati bukan pendesak seperti kumpulan Mahahsiswa Pendidik dan SMILE yang kini tanpa silu memperjuangkan juga MP tetapi singkatan pada Mahasiswa Perantis..... perantis kepada siapa ye.... ADAM atau Shahril.....

sambil makan-makan CKT terpancul anjakan kawan untuk berkunjung ke kota malim.... katanya ada tazkirah..... ditanya berkali-kali tazkirah apa ye...... heheheheheheheeh rupanya dengar ceramah politik mahasiswa kumpulan Mahasiswa Pendidik....

KUO23

kelakar melihat kekawan yang pertama kali memasuki bilik penginapan di KUO baru..... lengkap dengan pelbagai kemudahan dan pemandangan kaki bukit yang menarik.... mungkin agak panas kerana pokok-pokok belum membesar namun peluang menginap di KUO baru umpama mimpi menjadi kenyataan.... itu hari pertama.....

hari seterusnya mengundang rungutan kekawan bertali arus apabila wifi yang dinikmati dari bilik di KUO lama kini hanya boleh dicapai sekiranya turun dan melepak di sekitar gerai makan dewan kolej.... laju untuk mendapat bahan berbentuk teks tetapi pelahan untuk capaian berbentuk video.....

gerai makan yang banyak pula sering kehabisan makanan... barangkali pembekal yang memulakan perniagaan makanan bukan kalangan mereka yang sebelum ini mengusahakan perniagaan tersebut.... namun yang menarik sekitar gerai berkonsep bandar ini sejuk dan berangin untuk kaki lepak seperti saya  ...

untuk kumpulan We Love UPSI..... sekiranya ingin berjuang mengangkat hak pelajar dari sudut kebajikan lihatlah keperluan kami untuk mendapat tempat menunggu bas berbumbung dan kalau boleh WIFI yang kuat liputannya di sekitar pangsapuri penginapan selain jualan makanan yang boleh dipertingkatkan lagi.....  

pro aspirasi ........

khalayak melihat pro aspirasi sebagai kumpulan yang menyokong kerajaan semata-mata.... lebih buruk pandangan tersebut merebak sehingga pro aspirasi dilihat pemimpinnya sebagai pak turut kepada universiti dan kerajaan..... adakah benar pandangan tersebut..... sehingga mahasiswa cuba keluar dari kepompong tersebut dan mengelar diri mereka smile.... sebuah kumpulan pro aspirasi yang lebih cekal dalam memperjuangkan hak dan maruah mahasiswa.... kumpulan alternatif ini dilihat memperjuangkan hak mahasiswa sebagaimana perjuangan pro mahasiswa tetapi lebih fokus kepada perjuangan isu kampus berbanding pro mahasiswa yang dikatakan tunggangan Pakatan Rakyat..... 

adam adli.... penyelamat kah dia

mahasiswa mengangkat adam adli sebagai ikon perjuangan orang muda kampus.... benarkah perjuangannya mendapat sokongan .... 

pertama kali

pertama kali aku mengunjungi UPSI.... aku sudah jatuh cinta dengannya.... pendidikan ialah aspirasiku sejak kecil..... cikgu siva, miss khor dan cikgu basir pencetus semangat 1Malaysia sejak dulu lagi.... kini aku di UPSI..... untuk mak n ayah..... anakmu berjanji untuk menjadi guru terbilang anak bangsa dan negara.... salam ukhwah dari saya buat teman-teman WE LOVE UPSI.... coretan ini adalah rasa dan sentuhan saya untuk diri buat teman seperjuangan....